Fakta atau Mitos? Perolehan Digital Tidak Seperti Yang Anda Fikirkan

Admin • 13 Oktober 2025

Perolehan digital adalah revolusi yang semakin diterima di seluruh dunia. Namun, masih banyak kekeliruan yang timbul mengenai penggunaan platform perolehan digital. Dalam artikel ini, kita akan menyingkap beberapa mitos mengelirukan yang masih dipercayai oleh kebanyakan organisasi dan membentangkan fakta sebenar tentang proses perolehan digital.


Mitos #1: Perolehan Digital Mahal dan Rumit untuk Dilaksanakan

Mitos: Banyak organisasi beranggapan bahawa perolehan digital adalah sistem yang memerlukan kos yang tinggi dan kompleks untuk dilaksanakan. 

Fakta: Sebenarnya, perolehan digital membantu mengurangkan kos jangka panjang dalam proses perolehan. Dengan automasi dan penyimpanan data secara digital, organisasi dapat mengurangkan kos kertas, pengurusan dokumen manual, dan yang paling penting, mengelakkan kesilapan manusia yang sering terjadi apabila proses perolehan anda diuruskan secara manual. Tenderwizard sebagai platform perolehan digital telah banyak mengurangkan kos operasi organisasi dengan mempercepatkan proses dan mengurangkan beban kerja manual.

Mitos #2: Perolehan Digital Membataskan Pilihan Pembekal

Mitos: Terdapat pandangan bahawa perolehan digital hanya memberi akses kepada pembekal dalam negeri sahaja, mengehadkan lagi pilihan kepada pembekal sedia ada.

Fakta: Perolehan digital sebenarnya membuka akses kepada pembekal dari seluruh Malaysia, atau lebih jauh lagi, pembekal global. Dengan menggunakan platform perolehan digital, organisasi dapat memilih pembekal dari pelbagai lokasi, tanpa mengira sempadan geografi. Ini memberi lebih banyak pilihan dan fleksibiliti dalam memilih sumber terbaik dari pasaran tempatan, mahupun antarabangsa di masa akan datang.

Mitos #3: Perolehan Digital Tidak Selamat

Mitos: Ramai yang beranggapan bahawa perolehan digital tidak dapat menjamin keselamatan data, terutama dalam transaksi yang melibatkan maklumat sensitif. 

Fakta: Perolehan digital menggunakan teknologi keselamatan canggih, termasuk penyulitan data dan pengesahan digital, untuk memastikan bahawa semua data yang dihantar dan diterima adalah terlindung daripada sebarang ancaman keselamatan. Platform perolehan digital seperti Tenderwizard adalah sangat dipercayai dan digunapakai oleh pelbagai badan kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Penang Development Centre (PDC) dan banyak lagi. Ianya mematuhi piawaian keselamatan tertinggi, memastikan transaksi yang lebih selamat dan terjamin.

Mitos #4: Perolehan Digital Mengurangkan Peranan Manusia

Mitos: Terdapat anggapan bahawa perolehan digital akan mengurangkan peranan pekerja dalam proses perolehan dan menggantikan mereka dengan automasi digital sepenuhnya.

Fakta: Sebaliknya, perolehan digital tidak menggantikan pekerja, tetapi memperkasakan mereka. Dengan mengautomatikkan tugas-tugas rutin, pekerja dapat memberi tumpuan kepada tugas yang lebih penting dan memerlukan pemikiran kritikal. Proses seperti penilaian pembekal dan pengurusan risiko masih memerlukan keputusan manusia, tetapi dengan sokongan perolehan digital, proses ini dapat dipercepatkan dan mengurangkan kesilapan.

Mitos #5: Perolehan Digital Tidak Sesuai untuk Sektor Kerajaan

Mitos: Terdapat pandangan bahawa perolehan digital tidak boleh digunakan dalam proses perolehan kerajaan yang sering melibatkan prosedur ketat dan peraturan yang rumit. 

Fakta: Perolehan digital boleh disesuaikan dengan keperluan sektor kerajaan, memastikan bahawa setiap proses perolehan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Platform perolehan digital seperti Tenderwizard sangat mematuhi peraturan kerajaan dan menyediakan sistem yang telus, secara langsung memudahkan audit dan pemantauan yang berterusan. Ini memastikan bahawa proses perolehan awam tidak terjejas dan tetap mengutamakan keadilan dan ketelusan.


Perolehan digital bukanlah sebuah trend yang akan berlalu begitu sahaja, tetapi ia adalah keperluan bagi organisasi yang ingin mempercepatkan proses perolehan, meningkatkan ketelusan, dan memastikan keberkesanan dalam setiap transaksi perolehan. Mitos-mitos yang mengelirukan tentang perolehan digital harus diperbetulkan untuk memberi pemahaman sebenar mengenai manfaat perolehan digital.

Mengenai Tender Pintar

Tender Pintar ialah sebuah syarikat teknologi di Malaysia yang menawarkan platform digital Tenderwizard untuk proses perolehan digital yang cekap, telus, dan inovatif. Tenderwizard adalah platform eksklusif G2B berasaskan web untuk perolehan bekalan, perkhidmatan, kerja dan perunding melalui pembelian terus, sebut harga, bidaan terbuka/terhad, dan undian. Dengan pengalaman dalam membantu pelbagai organisasi kerajaan dan GLC sejak tahun 2012, Tender Pintar komited untuk memperkasa transformasi digital dalam sektor perolehan. Untuk maklumat lanjut mengenai platform perolehan digital Tenderwizard, layari https://www.tenderpintar.com/.

Oleh Admin 10 Oktober 2025
Banyak organisasi menghadapi cabaran besar dalam menjalankan proses perolehan mereka, yang membawa kepada kerugian kewangan dan kehilangan peluang yang berharga. Walaupun proses perolehan adalah aspek penting dalam mana-mana organisasi, tidak dapat dinafikan bahawa ia mengundang masalah jika tidak dijalankan dengan cek
8 September 2025
The Malaysian Government has set a clear and unambiguous direction: all government entities: Federal Government, Government Statutory Bodies, State Agencies, Religious Councils, must fully Digitalise their procurement processes by 2025. This mandate, detailed in the Blueprint for the Digitalisation of Government Procurement (Pelan Tindakan Perolehan Kerajaan Secara Digital) Launched by the Ministry of Finance, is not optional. It is a national imperative aligned with broader Goals under MyDigital, the Twelfth Malaysia Plan (12MP), and the National Anti Corruption Plan (NACP).