Apa Itu e-Perolehan? Badan Kerajaan Beralih Demi Kecekapan dan Kemudahan Pembekal

Tender Pintar • 25 April 2025

Dalam dunia perolehan moden, badan kerajaan semakin bijak menggunakan platform digital bagi mempermudahkan proses bidaan dan tender perolehan. Perolehan kerajaan membolehkan transaksi dibuat secara dalam talian dengan lebih cekap, telus, dan sistematik, memberi manfaat kepada kedua-dua pihak—badan kerajaan dan pembekal.

Apa Itu Perolehan Digital?

Perolehan adalah sistem perolehan elektronik yang membolehkan badan kerajaan mengurus pembelian, tawaran tender e-perolehan, dan kontrak dalam talian. Ia direka untuk menyelaraskan proses perolehan agar lebih pantas dan efisien, seiring dengan keperluan digital masa kini.


Perolehan membolehkan urusan berikut dijalankan dengan lebih lancar antara badan kerajaan dan pembekal:

  • Iklan tender secara dalam talian. 
  • Penyerahan dokumen dan bidaan secara elektronik. 
  • Penilaian dan pemilihan pembekal berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
  • Penyelarasan pembayaran dan pemantauan kontrak secara automatik.

Contoh Penggunaan Perolehan Digital di Malaysia

Banyak agensi kerajaan kini sudah beralih kepada sistem e-Perolehan demi memastikan pengurusan perolehan lebih lancar dan berkesan. Antaranya:

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

SSM telah mengambil langkah besar dalam mendigitalkan pengurusan tender dan kontrak mereka dengan menggunakan sistem e-Perolehan Tenderwizard. Pada Januari 2025, Tender Pintar telah dipanggil untuk mengendalikan sesi latihan pengguna kepada pegawai SSM bagi membantu mereka mengoptimumkan penggunaan sistem e-perolehan mereka. Latihan ini merangkumi pemahaman asas sistem, proses penyerahan tender, serta pemantauan kontrak secara digital. Dengan inisiatif dari SSM ini, mereka kini lebih bersedia untuk menguruskan perolehan dengan lebih cekap dan sistematik.


Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)

PDC juga merupakan antara organisasi yang baru sahaja beralih kepada e-Perolehan dengan bantuan platform digital Tenderwizard dari Tender Pintar. Hasil daripada komitmen mereka dalam sesi latihan intensif yang dijalankan oleh Tender Pintar, PDC berjaya mengiklankan tender baharu melalui sistem digital pada 15 Januari 2025, menjadikan perolehan mereka lebih mudah diakses dan lebih telus. Langkah ini merupakan satu perubahan besar yang diambil oleh PDC demi meningkatkan kecekapan pengurusan perolehan antara mereka dan pembekal.



Cabaran dalam Pelaksanaan Perolehan Digital

Seperti mana-mana sistem digital, perolehan kerajaan juga mempunyai beberapa cabaran dalam pelaksanaannya. Antaranya adalah kesediaan infrastruktur yang berbeza mengikut agensi serta keperluan keselamatan data bagi memastikan setiap transaksi dilindungi dengan baik. 


Selain itu,
penyesuaian kepada sistem baharu juga memerlukan latihan dan sokongan berterusan bagi memastikan pegawai kerajaan serta pembekal dapat menggunakannya dengan efektif.


Namun, dengan platform yang mesra pengguna serta bimbingan teknikal yang tersedia, badan kerajaan kini boleh mengoptimumkan penggunaan tender e-Perolehan bagi memastikan urusan tender dan perolehan berjalan lebih lancar dan sistematik.


Dengan pelaksanaan sistem perolehan yang lebih meluas, badan kerajaan dan pembekal dapat menikmati proses perolehan yang lebih mudah, pantas, dan telus. Dengan teknologi yang semakin berkembang, platform seperti Tenderwizard terus menyokong digitalisasi dalam pengurusan tender perolehan bagi membantu mempercepatkan dan memperkemaskan proses perolehan di Malaysia.

Mengenai Tender Pintar

Tender Pintar ialah sebuah syarikat teknologi di Malaysia yang menawarkan platform digital Tenderwizard untuk proses perolehan digital yang cekap, telus, dan inovatif. Tenderwizard adalah platform eksklusif G2B berasaskan web untuk perolehan bekalan, perkhidmatan, kerja dan perunding melalui pembelian terus, sebut harga, bidaan terbuka/terhad, dan undian. Dengan pengalaman dalam membantu pelbagai organisasi kerajaan dan GLC sejak tahun 2012, Tender Pintar komited untuk memperkasa transformasi digital dalam sektor perolehan. Untuk maklumat lanjut mengenai platform perolehan digital Tenderwizard, layari https://www.tenderpintar.com/.

Oleh Azrah Aishah 7 Julai 2025
Ketelusan dalam perolehan bukan sekadar satu keperluan undang-undang — ia merupakan asas utama dalam memastikan setiap transaksi dan proses pengurusan perolehan dilakukan secara adil, terbuka, dan berintegriti. Isu ketelusan (transparency) dalam proses perolehan sering dipersoalkan sehingga menimbulkan pelbagai keraguan dikalangan pembekal, pihak berkuasa, dan pihak yang berkepentingan. Oleh itu, kepercayaan dan tanggungjawab sosial perlu dijadikan keutamaan utama bagi setiap organisasi. Dengan adanya sistem perolehan digital, ketelusan dalam proses perolehan dapat diperbaiki seterusnya menjadikannya lebih sistematik dan terbuka.
Oleh Azrah Aishah 7 Julai 2025
Seiring dengan pesatnya perkembangan teknologi, transformasi digital dalam perolehan kini menjadi satu keperluan yang tidak boleh dipandang enteng. Sebelum ini, banyak organisasi menganggap digitalisasi perolehan sebagai satu langkah tambahan atau pilihan. Namun, dunia kini semakin bergerak ke arah kecekapan digital yang lebih tinggi, dan perolehan adalah salah satu bidang yang tidak boleh terlepas daripada revolusi ini. Dalam artikel ini, kita akan melihat mengapa transformasi digital dalam perolehan bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan bagi organisasi yang ingin memastikan daya saing, ketelusan, dan keberkesanan dalam pengurusan perolehan mereka.