Transformasi Digital dalam Perolehan: Pilihan atau Keutamaan?

Azrah Aishah • 7 Julai 2025

Seiring dengan pesatnya perkembangan teknologi, transformasi digital dalam perolehan kini menjadi satu keperluan yang tidak boleh dipandang enteng. Sebelum ini, banyak organisasi menganggap digitalisasi perolehan sebagai satu langkah tambahan atau pilihan. Namun, dunia kini semakin bergerak ke arah kecekapan digital yang lebih tinggi, dan perolehan adalah salah satu bidang yang tidak boleh terlepas daripada revolusi ini.


Dalam artikel ini, kita akan melihat mengapa transformasi digital dalam perolehan bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan bagi organisasi yang ingin memastikan daya saing, ketelusan, dan keberkesanan dalam pengurusan perolehan mereka.


Pengurusan Risiko yang Lebih Baik

Dalam dunia yang semakin terdedah kepada perubahan pasaran, krisis ekonomi, dan kekurangan sumber, pengurusan risiko dalam perolehan menjadi semakin penting. Organisasi perlu bersedia untuk menilai dan merancang perolehan dengan lebih teliti dan strategik.


Perolehan digital membantu organisasi dalam mengurus risiko dengan menyediakan maklumat tender yang jelas dan terperinci. Dengan sistem seperti Tenderwizard, semua tender yang dijalankan boleh dipantau secara
real-time dan teratur, yang membolehkan pihak berkuasa dan pembekal mengetahui status setiap tender dan mengesan sebarang ketidaksesuaian atau penangguhan.

Akses Mudah kepada Pembekal Tempatan

Dengan transformasi digital, organisasi kerajaan dan swasta di Malaysia kini memiliki akses mudah ke semua pembekal tempatan yang menawarkan produk atau perkhidmatan berkualiti tinggi dengan harga kompetitif. Sistem perolehan digital seperti Tenderwizard berfungsi sebagai platform yang memudahkan organisasi untuk berhubung terus dengan pembekal di seluruh Malaysia, memberikan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti dalam memilih sumber terbaik di pasaran tempatan.




Memberi Peluang kepada Pembekal Seluruh Malaysia

Sebelum ini, berurusan dengan pembekal di luar negeri memerlukan proses tradisional yang kompleks, seperti lawatan perniagaan atau komunikasi manual. Sistem perolehan digital seperti membolehkan pembekal dari mana-mana lokasi untuk menyertai tender tanpa perlu perjalanan jauh atau menghabiskan waktu berjam-jam untuk menghantar dokumen secara fizikal. Sebagai contoh, tender yang disiarkan di negeri Selangor boleh disertai oleh mana-mana pembekal dari mana-mana negeri di seluruh Malaysia tanpa perlu pergi jauh atau menghabiskan masa untuk perjalanan. Semua dokumen tender boleh dihantar secara elektronik, seterusnya meningkatkan peluang mendapatkan produk yang lebih berdaya saing dan kualiti tinggi.

Mengatasi Halangan Logistik

Apabila berurusan dengan pembekal luar negeri, banyak faktor logistik perlu dipertimbangkan, seperti kos penghantaran, masa penghantaran dan sebagainya. Sistem peroleh digital membolehkan pemantauan transaksi yang lebih telus dan teratur, dari penyiaran tender, pemilihan pembekal, hingga penghantaran. Sistem ini memudahkan komunikasi antara pihak yang terlibat dan menjadikannya lebih cekap dalam menangani hal-hal teknikal.

Mempercepat Proses Pembelian dan Mengurangkan Kos

Perolehan digital mempercepatkan semua langkah tender, dari pencarian pembekal hingga perjanjian kontrak, sambil mengurangkan kos transaksi. Berbanding proses tradisional yang memakan masa dan sumber, platform digital menjadikan perolehan lebih cekap tanpa menjejaskan ketelusan atau kualiti.

Memenuhi Standard Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial

Sektor kerajaan dan swasta kini semakin menekankan keberkesanan sosial dan alam sekitar dalam proses perolehan mereka. Dengan adanya teknologi, organisasi boleh memastikan bahawa perolehan mereka tidak hanya berfokuskan kos, tetapi juga mematuhi standard kelestarian dan tanggungjawab sosial.


Melalui platform perolehan digital, organisasi boleh memilih pembekal yang mengamalkan perolehan hijau (
green procurement) dan yang menyokong praktik mesra alam. Dengan cara ini, proses perolehan mereka bukan sahaja memenuhi keperluan ekonomi, tetapi juga memberi impak positif terhadap alam sekitar dan masyarakat.


Transformasi digital dalam perolehan adalah titik penting bagi organisasi yang ingin kekal relevan dan berdaya saing, seiring dengan arus perubahan semasa. Dari segi kecekapan, ketelusan, pengurusan risiko, dan akses kepada pembekal global, digitalisasi dalam perolehan bukan lagi satu pilihan — ia adalah keperluan untuk mencapai matlamat organisasi dan memastikan operasi berjalan lancar. Tender Pintar menyediakan penyelesaian ini, membantu organisasi dari semua sektor untuk mengadaptasi dan memanfaatkan teknologi dalam mengoptimumkan proses perolehan mereka.



Mengenai Tender Pintar

Tender Pintar ialah sebuah syarikat teknologi di Malaysia yang menawarkan platform digital Tenderwizard untuk proses perolehan digital yang cekap, telus, dan inovatif. Tenderwizard adalah laman web eksklusif berasaskan awan untuk perolehan bekalan, perkhidmatan, kerja dan perunding melalui pembelian terus, sebut harga, tender, bidaan terbuka/terhad, dan undian. Dengan pengalaman bersama pelbagai organisasi kerajaan dan GLC sejak tahun 2012, Tender Pintar komited untuk memperkasa transformasi digital dalam sektor perolehan. Untuk maklumat lanjut mengenai platform perolehan digital Tenderwizard, layari https://www.tenderpintar.com/.

Oleh Azrah Aishah 7 Julai 2025
Ketelusan dalam perolehan bukan sekadar satu keperluan undang-undang — ia merupakan asas utama dalam memastikan setiap transaksi dan proses pengurusan perolehan dilakukan secara adil, terbuka, dan berintegriti. Isu ketelusan (transparency) dalam proses perolehan sering dipersoalkan sehingga menimbulkan pelbagai keraguan dikalangan pembekal, pihak berkuasa, dan pihak yang berkepentingan. Oleh itu, kepercayaan dan tanggungjawab sosial perlu dijadikan keutamaan utama bagi setiap organisasi. Dengan adanya sistem perolehan digital, ketelusan dalam proses perolehan dapat diperbaiki seterusnya menjadikannya lebih sistematik dan terbuka.
Cabaran Utama Proses Perolehan Manual yang Tidak Lagi Relevan
Oleh Tender Pintar 22 Mei 2025
Penggunaan borang fizikal, pertukaran dokumen melalui e-mel, serta kebergantungan kepada interaksi bersemuka meletakkan tekanan ke atas sistem pentadbiran sedia ada, selain meningkatkan risiko kehilangan dokumen dan ralat manusia.